"Semuanya boleh digapao di hujung jari anda" Frasa ayat ini cukup popular dalam kalangan masyarakat pada abad ini. Sementelahan, kehidupan yang dilingkari dengan teknologi canggih tanpa sempadan telah melahirkan satu kelompok manusia yang hidup serba mudah dan ringkas. Oleh demikian, jenayah juga mula bertukar wajah seiring dan sejalan dengan arus modenisasi. Jenayah siber adalah antara penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara –negara yang maju seperti Amarika Syarikat, China, Jepun dan Korea. Jenayah siber didefinisikan perbuatan kriminal yang dilakukan melalui komputer dalam internet untuk mendapat keuntungan dengan menderitakan serta merugikan mangsa yang terperangkap."Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI.
Di Malaysia, jenayah siber mula menjengah sekitar tahun 1991 apabila kerajaan sedang memberi perhatian kepada perancangan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah antara akta yang terawal dalam menangani masalah jenayah siber. Namun, statistik kadar jenayah siber pada era ini amat membimbangkan malah seolah-olah memberi ancaman baru kepada masyarakat dan negara.
FAKTOR YANG MENYUMBANG
- Kurangnya maklumat dan seliaan dalam penggunaan teknologi dengan selamat. Masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka sebagai pengguna.
- Ramai pengguna cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan butir-butir peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Oleh demikian individu yang tidak bertanggungjawab akan “mencuri” atau “meniru identiti” pengguna untuk keuntungan mereka atau menjatuhkan individu lain.
- Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran makumat yang cepat dan mudah diakses.
- Graf peningkatan jenayah siber bertambah apabila penggunaan perbankan online secara meluas diperkenalkan kepada pengguna.
Maklumat lebih lanjut di sini.
No comments:
Post a Comment