Polis Diraja Malaysia (PDRM)
telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan
oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan
Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit
Aman.
Pendedahan ini sebagai panduan
kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka
dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini. Kumpulan-kumpulan ini telah
ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana
orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu
pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang
didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa
buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau
tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada
pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh
tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.
Sesetengah kumpulan kongsi gelap
ini menjalankan aktiviti yang berbahaya seperti mengedar dadah dan merompak
tapi ada juga yang menjalankan aktivi seperti perjualan produk seperti kopi
campuran, key chain, pakaian dan logo.
No comments:
Post a Comment