Polis Diraja Malaysia (PDRM)
telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan
oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan
Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit
Aman.
Pendedahan ini sebagai panduan
kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka
dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini. Kumpulan-kumpulan ini telah
ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana
orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu
pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang
didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa
buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau
tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada
pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh
tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.
Sesetengah kumpulan kongsi gelap
ini menjalankan aktiviti yang berbahaya seperti mengedar dadah dan merompak
tapi ada juga yang menjalankan aktivi seperti perjualan produk seperti kopi
campuran, key chain, pakaian dan logo.
"Semuanya boleh digapao di hujung jari anda" Frasa ayat ini cukup popular dalam kalangan masyarakat pada abad ini. Sementelahan, kehidupan yang dilingkari dengan teknologi canggih tanpa sempadan telah melahirkan satu kelompok manusia yang hidup serba mudah dan ringkas. Oleh demikian, jenayah juga mula bertukar wajah seiring dan sejalan dengan arus modenisasi. Jenayah siber adalah antara penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara –negara yang maju seperti Amarika Syarikat, China, Jepun dan Korea. Jenayah siber didefinisikan perbuatan kriminal yang dilakukan melalui komputer dalam internet untuk mendapat keuntungan dengan menderitakan serta merugikan mangsa yang terperangkap."Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI.
Di Malaysia, jenayah siber mula menjengah sekitar tahun 1991 apabila kerajaan sedang memberi perhatian kepada perancangan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah antara akta yang terawal dalam menangani masalah jenayah siber. Namun, statistik kadar jenayah siber pada era ini amat membimbangkan malah seolah-olah memberi ancaman baru kepada masyarakat dan negara.
FAKTOR YANG MENYUMBANG
Kurangnya maklumat dan seliaan dalam penggunaan teknologi dengan selamat. Masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka sebagai pengguna.
Ramai pengguna cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan butir-butir peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Oleh demikian individu yang tidak bertanggungjawab akan “mencuri” atau “meniru identiti” pengguna untuk keuntungan mereka atau menjatuhkan individu lain.
Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran makumat yang cepat dan mudah diakses.
Graf peningkatan jenayah siber bertambah apabila penggunaan perbankan online secara meluas diperkenalkan kepada pengguna.
Globalisasi membawa seribu erti yang luas untuk kita
fahami. Konsep globalisasi dipermudahkan dengan kata “dunia tanpa sempadan”,
iaitu pencantuman dunia pada pusat yang berpaksikan kepada teknologi dan
maklumat tanpa sempadan dankedudukan
geografi sesebuah negara. Menurut Dr Nurcholish Majid (1970), globalisasi ialah
proses mengubah kehidupan umat manusia menuju kepada satu masyarakat sahaja.
Isu
Penyeludupan dan penjualan senjata api di pasaran gelap telah sekian lama
berlaku tanpa mampu dibendung secara sepenuhnya. Masalah ini berpunca daripada
kurangnya sekatan dan kawalan yang ketat di seluruh kawasan sempadan negara
termasuk di laluan darat, air dan laut. Di Malaysia beberapa pasukan
penguatkuasaan keselamatan telah ditugaskan untuk menjaga perairan antarabangsa
dan 262 pintu masuk sempadan negara antaranya adalah pasukan Maritim, Tentera
Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan
Polis Laut Diraja Malaysia. Penyeludupan senjata api banyak berlaku di kawasan
sempadan Malaysia-Thailand (laluan Bukit Kayu Hitam) di mana terdapat pelbagai
taktik yang digunakan oleh individu mahupun kumpulan dalam memastikan barangan
seperti senjata api yang boleh dbeli di negara jiran dapat diseludup masuk ke
negara ini. Malah kewujudan ‘lorong tikus’ di sepanjang sempadan ekoran faktor
geografi sempadan Malaysia-Thailand juga digunakan untuk mewujudkan rangkaian
yang mendorong kepada aktiviti penyeludupan senjata api. Walaupun perbatasan
negara telah terjaga rapi, aktiviti
penyeberangan sempadan di sempadan negara masih berlaku. Pelbagai
implikasi yang dialami kerajaan dan masyarakat akibat daripada aktiviti ini.
Merujuk laporan akhbar Utusan bertarikh 9 Jun 2012, berlaku peningkatan
penggunaan senjata api untuk tujuan jenayah di negeri Kelantan. Rujuk artikelDi sini.
KESAN
Masyarakat kini merasa bimbang dan merasakan tahap keselamatan mereka semakin terhakis apabila semakin banyak kes pembunuhan secara rambang berlaku. Memetik dari kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan, kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang makin berleluasa sekarang merupakan fenomena baharu dan mungkin melibatkan 'pembunuh upahan'. ini memperlihatkan bahawa negara kita sudah mempunyai tren baru dalam kerjaya dan memberikan pulangan yang pastinya cukup lumayan kepada golongan' pembunuh upahan' ini. Berikut merupakan beberapa kronologi ke tembak di Malaysia untuk tahun 2013:-
4 Feb- K Nanthan, 33, cedera parah selepas ditembak oleh
salah seorang dari lelaki bertopeng yang menaiki kereta di Arena Kepayang
Putra, Fair Park.Klik Info
15 Februari- Seorang bekas anggota tentera, Sauti Muda,
57, maut ditembak dan ditetak dengan pedang oleh dua lelaki menaiki motosikal
ketika mangsa sedang bersarapan bersama isteri di sebuah kedai makan,
berhampiran rumahnya di Kampung Kemasin.
30 Mac- G.Lingeswaran (29) cedera ditembak di peha dan ditetak di kepala serta tangan kiri dalam satu pergaduhan. Klik Info
25 April -N. Ragunathan (39) ditembak mati di dalam kereta
selepas berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan di Kalan Seremban- Taiping.
26 April- Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shahruddin
Ibrahim(58) maut ditembak di Putrajaya.
29 April- Polis masih mencari seorang lelaki yang
dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tembak di sebuah kedai
cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor.
30 April- Seorang lelaki berusia 26 tahun hamper maut
apabila ditembak di luar rumahnya di Simpang, Taiping. Klik Info
12 Mei- Pekerja kedai barang tepakai ditembak mati berhampiran
lampu isyarat di Kulim, Kedah.
12 Mei- Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam dua lelaki
ditembak mati dalam satu serangan manakala dua lagi rakan parah selepas ditembak
dua lelaki menaiki motosikal. Semua lelaki yang berusia lingkungan 20 hingga 40-an
itu menaiki sebuah kereta pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat
berdekatan sebuah stesen minyak di Jalan Datuk Bandar Tunggal, Seremban.Klik Info
13 Mei- Dua lelaki terbunuh dan dua lagi cedera apabila
seorang lelaki bermotosikal melepaskan tembakan di sebuah kenduri kahwin di
Butterworth, Pulau Pinang.
16 Mei-kes menetak, mengikat dan menembak seorang pekerja
kontrak Petronas di Dungun. Klik Info
16 Mei- Polis Kelantan sedang mengesan seorang lelaki yang
dipercayai boleh membantu siasatan kes tembak seorang buruh di Kampung Gong
Batu, Tawang, Bachok. Klik Info
25 Mei- Zahari Razak, 57, mati ditembak sejurus keluar dari
pekarangan masjid dengan memandu kereta BMW seorang diri. Klik Info
26 Mei- Seorang lelaki cedera parah akibat ditembak dari
belakang oleh individu yang tidak dikenali di Jalan Melati, Nilai.Klik Info
29 Mei- Seorang ahli perniagaan parah ditembak tujuh kali
oleh dua lelaki bermotosikal di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh.
3 Jun- Seorang pemandu bas sekolah cedera di kaki kanan
akibat terkena tembakan di hadapan rumahnya di Taman Merbau, Sungai Dua.Klik Info
14 Jun- Gara-gara enggan bekerjasama dengan sekumpulan
penyamun, seorang peniaga cedera parah di bahagian perut setelah ditembak salah
seorang anggota kumpulan itu dalam kejadian samun berhampiran Stesen Bas Kuala
Kurau, Jalan Baharu. Klik Info
4 Julai- Polis Pulau Pinang menjejak dua suspek terbabit dalam kejadian
seorang lelaki ditembak mati di sebuah medan selera di Jalan Relau.Klik Info
5 Julai- Mat Zaki Hashim (35) seorang guru cedera parah
apabila ditembak di leher di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas.Klik Info
8 Julai- Hashim Mat Zain, seorang guru penolong kanan, maut
ditembak tiga das dari jarak dekat ketika baru keluar dari Sekolah Rendah
Kenbangsaan Beris Pnchor di Bachok.
12 Julai- Seorang kanak-kanak empat tahun cedera di kepala
dan kaki apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah ayahnya di hadapan
rumah di Bukit Jambul, Pulau Pinang.Klik Info
15 Julai- Dua beranak parah ditembak ketika sedang berehat
selepas berbuka puasa dalam satu kejadian samun bersenjata di Taman Sejahtera,
KamparKlik Info
18 Julai- K. Shanmugam seorang guru dari Taman Biadara,
Kulim maut selepas ditembak dua lelaki di simpang empat Keladi.Klik Info
19 Julai- Seorang peniaga kosmetik berusia 38 tahun cedera
di lengan dipercayai akibat ditembak dua lelaki yang memecah masuk rumahnya, di
Puchong.Klik Info
23 Julai- Seorang lelaki berusia
46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam
kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak. Klik Info
28 Julai- Jasrafveenderjeet Singh (25) ditembak sementara
dua rakannya cedera apabila dua penembak melepaskan tembakan ke dalam kereta di
hadapan sebuah restoran di Kampung Simee, Ipoh.
28 Julai- Pengerusi Badan pemantau jenyah MyWatch R.Sri
Sanjeevan parah akibat ditembak dua lelaki bermotosikal ketika memandu kereta
jenis BMW.
1 Ogos- seorang pemandu van kilang mati ditembak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di
persimpangan Jalan Permai Utama berdekatan Taman Seri Semarak Di Parit Buntar.
4 Ogos- Balamurali Balakrishnan (36) pegawal keselamatan
maut selepas ditembak seorang lelaki di Cheras Perdana, Kajang.
5 Ogos- Amirul Tajo Nasir (40), seorang penoreh getah, maut
selepas ditembak dalam kejadian di kampong telosan, Pasir Puteh.
Isu Kejadian 11 Sept yang menjadi satu titik tolak kepada kehancuran beberapa kuasa besar di negara-negara Timur Tenggah khususnya negara Islam. kesan yang cukup besar dirasai sehingga kini umumnya kepada negara-negara (Iraq dan Afganistan) yang terlibat secara langsung dalam peperangan terbabit
Pemerdagangan manusia merupakan salah satu bentuk ancaman terhadap hak asasi dan keselamatan manusia. Ia merupakan satu pencabulan hak asasi yang paling buruk dan dunia memandang serius perkara ini termaksuklah Malaysia. Pada umumnya, definisi pemerdagangan manusia merujuk tafsiran protokol pertubuhan bangsa-bangsa bersatu ( PBB) dalam artikel 3, protokol PBB ialah pemerdagangan orang bermakna perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampung atau penerimaan orang, dengan cara ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan lain, perculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan atau memberi atau menerima bayaran atau pemanfaatan untuk mencapai persetjuaan seseorang yang mempunyai kawalan keatas orang lain, untuk tujuan eksplotasi.
Kebanjiran mangsa pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran ke Malaysia telah menjadi satu isu baru yang perlu ditangani oleh semua pihak yang berkenaan khususnya kerajaan Malaysia. Keadaan ini semakin serius apabila Malaysia telah dilabel sebagai Negara transit dan Negara destinasi bagi kes pemerdagangan manusia di rantau Asia Tenggara. Sehubungan dengan itu juga Malaysia telah diletak pada tahap Tiew 2WL oleh PBB akibat daripada peningkatan kes pemerdagangan manusia. Kebanjiran mangsa kes pemerdagangan manusia ini telah memberi implikasi negatif terhadap kedaulatan Negara.
Situasi Semasa Di Dunia
Pemerdagangan manusia adalah jenayah terancang yang ketiga terbesar didunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api. Malah kini ia menjadi satu bentuk pemerdagangan hamba abadi moden yang tidak kenal bangsa, agama, keturunan dan warna kulit. Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun 2004 sahaja dianggarkan seramai 700000 orang diperdagang setiap tahun bagi tujuan seks. Di Bangladesh umpamanya, sebuah laporan UNICEF menyatakan kira-kira 400 orang wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan setiap bulan yang kebanyakan mereka berusia 12 hingga 16 tahun dan dipaksa bekerja dalam industri seks komersial.
Situasi Di Malaysia
Aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia diperingkat antarabangsa semakin berleluasa dan menjadi masalah kepada banyak Negara ternasuklah dimalaysia. Di Malaysia perkembangan ekonomi dan kemakmuran Negara menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari seluruh dunia dan ini membuka peluang kepada kerancakan landskap aktiviti jenayah yang baru di Negara ini. Berada di kedudukan ditengah-tengah Negara Asian, Malaysia merupakan antara lokasi strategik sama ada sebagai Negara destinasi atau transit bagi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Ditambah dengan lambakan sarang pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut serta kedatangan pelancong dan pekerja asing ke Malaysia menggalakkan lagi sendikit pelacuran yang membawa masuk secara sah ataupun haram gadis dari China, Indonesia, Thailand, dan India untuk memenuhi permintaan pelanggan. Ini terbukti berdasarkan jumlah tangkapanyang dilakukan dalam operasi serbuan oleh polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke tempat-tempat disyaki sarang pelacuran dan rumah urut di sekitar Bandar besar di Negara ini.
Selain daripada itu, bukan sahaja wanita, malah lelaki dewasa turut diperdagangan terutama untuk pengeksploitasian buruh atau dijadikan buruh paksa. Kebanyakan mereka yang dating dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu. Malah lebih menyedihkan mereta turut dipaksa bekerja untuk tempoh yang panjang sehingga lebih 18 jam sehari tanpa dibayar upah. Disamping itu juga, kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi untuk diperdagangkan terutama bagi aktiviti meminta sedekah atau dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Menurut statistic Majlis Anti pemerdagangan orang (MAPO). Sejak 28 Feb 2008 hingga 21 Dis 2010, sebanyak 304 kes dilaporkan membabitkan pelbagai jenis eksploitasi dan 434 orang ditahan kerana terbabit dalam jenayah berkenaan. Daripada jumlah itu, 1930 manmgsa mendapat perintah perlindungan sementara (IPO) manakala 708 lagi perintah perlindungan yang mana kebanyakan mangsa terbabit terlibat dalam eksploitasi seks (189 mangsa), perkhidmatan paksa (58), penyeludupan manusia (24) dan penjualan bayi (11).
KESAN-KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA
Kesan Pemerdagangan Manusia Terhadap Kerajaan Malaysia
Terletak ditengah-tengah ASEAN, Malaysia menjadi lokasi paling strategic sama ada sebagai Negara destinasi atau transit bagi aktiviti pemerdagangan manusia. Kelemahan dari sudut kedudukan geografi itu memudahkan Negara menghadapi kesan limpahan apabila berlakunya masalah ekonomi. Keamanan dalam Negara juga menyebabkan Malaysia menjadi destinasi pilihan. Negara juga dijadikan pusat transit untuk menyeludup manusia ke Negara ketiga seperti Australia dan amerika syarikat. Hasil kajian mendapati, Negara Malaysia khususnya negeri sabah adalah salah satu destinasi, dan negeri persingahan untuk wanita dan kanak-kanak yang diperdagangkan untuk eksploitasi seks secara komersial dan buruh paksa bagi lelaki.
Kesan Masalah Pemerdagangan Manusia Terhadap Masyarakat
Masalah pemerdagangan manusia semakin berleluasa dan mendatangkan impak negative terhadap masyarakat. Masalah pemerdagan manusia akan menyebabkan masyarakat hidup dalam kerisauan. Nilai kejiranan mungkin tidak lagi wujud dalam kalangan masyarakat kerana risau anak-anak mereka akan diculik atau ditipu oleh jiran. Sebagai contoh, dewasa ini ibu yang hendak ke pasar tidak lagi akan tinggalkan anak kecil mereka kepada jiran, mereka sanggup bawa anak kecil bersama-sama walaupun sangat menyusahkan. Budaya ini tidak sama seperti dulu, nilai kejiranan semakin terhakis. Silaturahim antara masyarakat akan semakin tegang.
Kesan Masalah Pemerdagangan Manusia Terhadap Ekonomi Dan Budaya.
Ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli terhadap kesan daripada aktiviti pemerdagangan manusia ini. Setiap yang terjadi mesti ada akibatnya, sebagai contoh dari segi ekonomi. Ramai yang tidak sedar dan tahu bahawa pada setiap tahun kira-kira 20 billion poun wang mengalir keluar Negara akibat daripada aktiviti tersebut. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kerugian yang besar terhadap Negara dan ternyata pengaliran wang keluar yang banyak ke luar Negara akan menjejaskan ekonomi Negara kita. Selain itu, kehadiran manusia diseldudup dari pelbagaiu Negara ini yang ada budaya tersendiri akan menjejaskan negra dari segi budaya, demografi, sosial dan institusi kekeluargaan.
LANGKAH UNTUK MENGATASI PEMERDAGANGAN MANUSIA
Penguatkuasaan Undang-Undang
Langkah serius kerajaan menangani isu pemerdagangan orang telah menaikkan taraf Malaysia ke tahap (TIER) 2 ( Dalam Pemerhatian) daripada tahap 3 dalam laporan pemerdagangan orang amerika syarikat (TIP) 2010. Laporan TIP adalah senarai kedudukan Negara-negara dunia berdasarkan tahap pematuhan standard minimum dalam memerangi pemerdagangan orang. Pencapaian TIP adalah berdasarkan standard minimum dalam memerangi pemerdagangan orang. Pencapaian TIP adalah berdasarkan kepatuhan Negara menerusi akta perlindungan pemerdagangan dan kegansan (TVPA) Amerika syarikat. Menurut klasifikasi antarabangsa, tahap satu merujuk kepda Negara yang melakukan pematuhan sepenuhnya dan tahap dua bagi usaha signifikan untuk memnuhi TVPA. Manakala tahap tiga pula bermaksud sebagai Negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.
Kerjasama Dengan Negara Jiran
Malaysia dan Australia baru-baru ini juga telah bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesan kepada Negara-negara jiran seperti singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamnaya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan. Dengan kerjasama yang dapat dilaksanakan ini kita dapat untuk membanteras segala masalah pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa ini. Jadi ini sekaligus menunjukkan bahawa kerjasana sesame Negara serantau ini untuk membenteras sebarang jenayah akan lebih memudahkan dan mampu untuk diselesaikan dengan sebaiknya.
Kempen Kesedaran
Pihak yang bertanggunjawab harus memainkan peranan mereka dalam menagani masalah pemerdagangan manusia walaupun dengan pelbagai cara sekalipun. Contohnya dengan menjalankan kempen kesedaran, ini sekaligus akan meberi kesedaran kepada masyarakat tentang semakin berleluasa masalah pemerdagangan manusia ini, kempen boleh dijalankan menerusi media massa yang perlu dijalankan dari semasa ke semasa. Dengan adanya kempen sebegini menyebabkan masyarakat akan mengetahui bahawa banyak kesan yang akan diterima daripada jenayah pemerdagangan orang ini. Tambahan lagi, dengan kempen kesedaran ini juga sekaligus dapat menggalakkan masyarakat untuk membanteras masalah ini daripada terus berleluasa yang boleh memberi impak bukan sahaja kepada inidvidu itu sendiri malah kepada Negara juga.
Peristiwa
11 September 2001 merupakan peristiwa yang menjadi salah satu peristiwa keganasan
yang menjadi pencetus ke arah keganasan-keganasan lain. Contohnya peperangan
Afghanistan, Iraq, Palestin, Mesir dan lain-lain. Serangan udara yang berlaku
pada 11 September 2001 ke atas World Trade Center, Amerika Syarikat merupakan
salah satu keganasan global yang menjadi igauan ngeri bagi penduduk dunia
terutamanya keluarga penduduk Amerika Syarikat yang telah terkorban dalam
serangan tersebut. Serangan
berlaku pada awal pagi 11 September 2001, di mana 19 orang perampas mengambil
alih pengemudian empat buah pesawat penumpang komersil yang berada dalam
perjalanan ke San Francisco dan Los Angeles dari Boston, Newark, dan
Washington, D.C. Pada 8:46 pagi, Penerbangan 11 American Airlines terhempas ke
dalam Menara Utara World Trade Center, disusuli oleh Penerbangan 175 United
Airlines yang merempuh Menara Selatan pada 9:03 pagi.
Sekumpulan lagi perampas
menerbangkan Penerbangan 77 American Airlines ke dalam Pentagon pada 9:37 pagi,
dan yang satu lagi, iaitu Penerbangan 93 United Airlines, terhempas berhampiran
Shanksville, Pennsylvania, pada 10:03 pagi, setelah para penumpangnya bertarung
dengan perampas. Sasaran mutlak Penerbangan 93 dijangkakan sama ada bangunan
Kapitol (tempat persidangan Kongres Amerika Syarikat) atau Rumah Putih. Namun
usaha untuk meruntuhkan rumah putih tidak berjaya.
Punca Utama Serangan Ke Atas World
Trade Center, Amerika Syarikat
Antara
motif-motif di sebalik serangan 11 September ialah kehadiran pihak A.S. di Arab
Saudi, sokongan A.S. terhadap Israel, dan sekatan terhadap Iraq. Menurut OsamaLaden, penubuhan negara Israel merupakan pemimpin jenayah dunia. Rakyat Iraq pula
dibebani pembinasaan oleh perikatan salibi-Zionis, dan telah ramai yang dibunuh
sehingga menjangkau sejuta orang tetapi Amerika tidak pernah berhenti untuk
membunuh rakyat Iraq. Motif-motif ini dinyatakan terang-terangan oleh al-Qaeda
dalam beberapa pengisytiharan sebelum serangan berlaku, termasuk fatwa-fatwa yang
dikeluarkan pada Ogos 1996, dan Februari 1998.
Selepas kejadian, Osama Laden dan Ayman al-Zawahiri menerbitkan beberapa
lagi pita video dan audio, sesetengahnya mengulang-ulang sebab-sebab serangan
itu dilakukan. Dua terbitan yang terpenting ialah "Warkah untuk
Amerika" oleh Osama Laden pada tahun 2002, dan pita video 2004 oleh Osama
Laden juga. Selain pengumuman langsung oleh bin Laden dan Al-Qaeda, dorongan
kepada serangan ini juga dianjurkan oleh ramai pengupas politik.
Kehadiran tentera A.S. yang berterusan
di Arab Saudi selepas Perang Teluk ialah salah satu dorongan yang tersurat di
sebalik serangan pengganas 11 September, pengeboman Menara Khobar, dan juga
tarikh yang dipilih untuk pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998 (7 Ogos),
iaitu genap lapan tahun selepas hari ketibaan tentera A.S. di Arab Saudi. Osama
Laden mentafsir sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang melarang "kehadiran orang
kafir secara tetap di tanah Arab". Pada tahun 1996, Osama Laden
mengeluarkan fatwa yang menyeru supaya tentera Amerika Syarikat keluar dari
Arab Saudi. Dalam fatwa 1998, Al-Qaeda menyatakan: "sudah lebih tujuh
tahun Amerika Syarikat menduduki tanah Islam di tempat-tempat tersuci, di
Semenanjung Arab, menjarah kekayaannya, mengarah-arah pemerintahnya, mengaibkan
rakyatnya, mengganas jiran-jirannya, lalu menjadikan pangkalannya di
Semenanjung sebagai penganjur untuk menentang umat Islam yang berjiran."Dalam
temu bual bersama Rahimullah Yusufzai pada Disember 1999, bin Laden meluahkan
pandangannya bahawa tentera Amerika berpangkalan "terlalu dekat dengan
Makkah" dan menganggap perihal ini sebagai pembangkit kemarahan seluruh
dunia Ilam.
Mangsa Yang Terbunuh Dalam Serangan
11 September 2001
Terdapat
sejumlah 2,996 orang terbunuh, termasuk
19 perampas dan 2,977 mangsa. Taburan korban adalah seperti berikut: 246 orang
di keempat-empat pesawat (daripada mana tiada yang terselamat), 2,606 orang di
Bandar Raya New York, di dalam menara berkembar dan atas tanah, dan 125 orang
di bangunan Pentagon. Kesemua mangsa
korban dalam kejadian ini adalah orang awam, kecuali 55 kakitangan tentera yang
terbunuh dalam serangan di Pentagon.
Beberapa
minggu selepas kejadian, bilangan korban dianggarkan melebihi 6,000, tetapi rupanya ini lebih dua kali bilangan
yang disahkan mati. Pihak bandaraya hanya mampu mengenal pasti identiti mayat
untuk kira-kira 1,600 mangsa di World Trade Center. Pejabat pemeriksa perubatan
juga mengumpul "kira-kira 10,000 cebisan tulang dan tisu tak terkenal
pasti yang tidak dapat dipadankan dengan senarai mangsa korban".
Kesan Daripada Serangan 11 September
2001
Pada
2:40 petang 11 September, Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld mengeluarkan
arahan segera kepada para pembantunya untuk mencari bukti pelibatan Iraq,
menurut catatan yang diambil oleh pegawai dasar kanan, Stephen Cambone, dalang
utama serangan 11 September ialah Saddam Hussein serta Osama bin Laden
Majlis NATO mengisytiharkan bahawa
serangan ke atas Amerika Syarikat merupakan serangan ke atas semua negara NATO.
Sejurus selepas serangan berlaku, kerajaan Bush mengumumkan Perang Terhadap
Keganasan, dengan matlamat membawa Osama bin Laden dan al-Qaeda ke muka
pengadilan serta mencegah kebangkitan rangkaian pengganas yang lain. Antara
pendekatan yang diambil untuk mencapai matlamat ini termasuklah sekatan ekonomi
dan ketenteraan ke atas negara-negara yang dilihat melindungi pengganas, serta
mempertingkat usaha pemantauan dan perisikan sedunia.
Pada 7 Oktober 2001, Perang di
Afghanistan bermula apabila tentera A.S. dan British melancarkan kempen
pembedilan udara di Afghanistan dengan kem-kem Taliban dan al-Qaeda sebagai
sasaran, kemudian menghantar tentera Pasukan Operasi Khas untuk menceroboh
Afghanistan. Penggulingan pemerintahan Taliban di Afghanistan oleh tentera
campuran pimpinan A.S. merupakan operasi kedua terbesar usaha Perang Terhadap
Keganasan di luar A.S., dan yang terbesar yang berkaitan langsung dengan
terorisme. Filipina dan Indonesia, antara negara-negara yang berdepan dengan
konflik dalaman dengan keganasan Islam, juga mempertingkatkan kebersediaan
tenteranya.
Semenjak berlakunya peristiwa 11
September 2001, negara-negara Islam dan umat Islam di seluruh dunia telah
dianggap berbahaya dan berkemungkinan mampu menjadi pengganas pada masa akan
datang. Kawalan ketat juga berlaku di setiap pintu masuk Amerika Syarikat
terhadap orang ramai yang beragama Islam. Terdapat juga pelancong yang beragama
Islam sukar untuk melancong ke Amerika Syarikat di sebabkan sifat prasangka
negara Amerika terhadap orang Islam yang dianggap pengganas.
Kesan serangan 11 September terhadap
ekonomi dunia pula ialah ekonomi dunia berada dalam keadaan yang tidak stabil.
Amerika Syarikat merupakan kuasa ekonomi yang mengawal ekonomi dunia. Sekiranya
ekonomi Amerika jatuh, maka ekonomi dunia akan terjejas. Masa yang diambil untuk
memulihkan ekonomi seperti sediakala mengambil masa yang lam iaitu hampir
bertahun-tahun.
Selain itu, kesan terhadap kesihatan
pula turut terjejas. Penduduk Amerika terutamanya sukarelawan dan orang ramai
yang berada berdekatan kawasan runtuhan World Trade Center akan mengalami
masalah kesihatan yang serius akibat debu yang terhasil daripada runtuhan
tersebut. Terdapat juga penduduk yang meninggal dunia selepas beberapa bulan
kerana mengalami masalah kesihatan yang teruk seperti Asma, radang paru-paru dan
lain-lain.