Pages

Friday, 4 October 2013

TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001


VIDEO TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001
http://www.youtube.com/watch?v=wNNTcHq5Tzk


Tragedi WTC September 11 ada dalam Al-Quran Surah At-Taubah...! Tragedi September 11 ternyata sudah dituturkan Allah dalam Al-Quran Surah At-Taubah :




11 SEPTEMBER 2001
Peristiwa 11 September 2001 merupakan peristiwa yang menjadi salah satu peristiwa keganasan yang menjadi pencetus ke arah keganasan-keganasan lain. Contohnya peperangan Afghanistan, Iraq, Palestin, Mesir dan lain-lain. Serangan udara yang berlaku pada 11 September 2001 ke atas World Trade Center, Amerika Syarikat merupakan salah satu keganasan global yang menjadi igauan ngeri bagi penduduk dunia terutamanya keluarga penduduk Amerika Syarikat yang telah terkorban dalam serangan tersebut.           Serangan berlaku pada awal pagi 11 September 2001, di mana 19 orang perampas mengambil alih pengemudian empat buah pesawat penumpang komersil yang berada dalam perjalanan ke San Francisco dan Los Angeles dari Boston, Newark, dan Washington, D.C. Pada 8:46 pagi, Penerbangan 11 American Airlines terhempas ke dalam Menara Utara World Trade Center, disusuli oleh Penerbangan 175 United Airlines yang merempuh Menara Selatan pada 9:03 pagi.
            Sekumpulan lagi perampas menerbangkan Penerbangan 77 American Airlines ke dalam Pentagon pada 9:37 pagi, dan yang satu lagi, iaitu Penerbangan 93 United Airlines, terhempas berhampiran Shanksville, Pennsylvania, pada 10:03 pagi, setelah para penumpangnya bertarung dengan perampas. Sasaran mutlak Penerbangan 93 dijangkakan sama ada bangunan Kapitol (tempat persidangan Kongres Amerika Syarikat) atau Rumah Putih. Namun usaha untuk meruntuhkan rumah putih tidak berjaya.

Punca Utama Serangan Ke Atas World Trade Center, Amerika Syarikat
Antara motif-motif di sebalik serangan 11 September ialah kehadiran pihak A.S. di Arab Saudi, sokongan A.S. terhadap Israel, dan sekatan terhadap Iraq. Menurut OsamaLaden, penubuhan negara Israel merupakan pemimpin jenayah dunia. Rakyat Iraq pula dibebani pembinasaan oleh perikatan salibi-Zionis, dan telah ramai yang dibunuh sehingga menjangkau sejuta orang tetapi Amerika tidak pernah berhenti untuk membunuh rakyat Iraq. Motif-motif ini dinyatakan terang-terangan oleh al-Qaeda dalam beberapa pengisytiharan sebelum serangan berlaku, termasuk fatwa-fatwa yang dikeluarkan pada Ogos 1996, dan Februari 1998.  Selepas kejadian, Osama Laden dan Ayman al-Zawahiri menerbitkan beberapa lagi pita video dan audio, sesetengahnya mengulang-ulang sebab-sebab serangan itu dilakukan. Dua terbitan yang terpenting ialah "Warkah untuk Amerika" oleh Osama Laden pada tahun 2002, dan pita video 2004 oleh Osama Laden juga. Selain pengumuman langsung oleh bin Laden dan Al-Qaeda, dorongan kepada serangan ini juga dianjurkan oleh ramai pengupas politik.
            Kehadiran tentera A.S. yang berterusan di Arab Saudi selepas Perang Teluk ialah salah satu dorongan yang tersurat di sebalik serangan pengganas 11 September, pengeboman Menara Khobar, dan juga tarikh yang dipilih untuk pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998 (7 Ogos), iaitu genap lapan tahun selepas hari ketibaan tentera A.S. di Arab Saudi. Osama Laden mentafsir sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang melarang "kehadiran orang kafir secara tetap di tanah Arab". Pada tahun 1996, Osama Laden mengeluarkan fatwa yang menyeru supaya tentera Amerika Syarikat keluar dari Arab Saudi. Dalam fatwa 1998, Al-Qaeda menyatakan: "sudah lebih tujuh tahun Amerika Syarikat menduduki tanah Islam di tempat-tempat tersuci, di Semenanjung Arab, menjarah kekayaannya, mengarah-arah pemerintahnya, mengaibkan rakyatnya, mengganas jiran-jirannya, lalu menjadikan pangkalannya di Semenanjung sebagai penganjur untuk menentang umat Islam yang berjiran."Dalam temu bual bersama Rahimullah Yusufzai pada Disember 1999, bin Laden meluahkan pandangannya bahawa tentera Amerika berpangkalan "terlalu dekat dengan Makkah" dan menganggap perihal ini sebagai pembangkit kemarahan seluruh dunia Ilam.

Mangsa Yang Terbunuh Dalam Serangan 11 September 2001
Terdapat sejumlah 2,996  orang terbunuh, termasuk 19 perampas dan 2,977 mangsa. Taburan korban adalah seperti berikut: 246 orang di keempat-empat pesawat (daripada mana tiada yang terselamat), 2,606 orang di Bandar Raya New York, di dalam menara berkembar dan atas tanah, dan 125 orang di bangunan Pentagon.  Kesemua mangsa korban dalam kejadian ini adalah orang awam, kecuali 55 kakitangan tentera yang terbunuh dalam serangan di Pentagon.
Beberapa minggu selepas kejadian, bilangan korban dianggarkan melebihi 6,000,  tetapi rupanya ini lebih dua kali bilangan yang disahkan mati. Pihak bandaraya hanya mampu mengenal pasti identiti mayat untuk kira-kira 1,600 mangsa di World Trade Center. Pejabat pemeriksa perubatan juga mengumpul "kira-kira 10,000 cebisan tulang dan tisu tak terkenal pasti yang tidak dapat dipadankan dengan senarai mangsa korban".
Kesan Daripada Serangan 11 September 2001
Pada 2:40 petang 11 September, Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld mengeluarkan arahan segera kepada para pembantunya untuk mencari bukti pelibatan Iraq, menurut catatan yang diambil oleh pegawai dasar kanan, Stephen Cambone, dalang utama serangan 11 September ialah Saddam Hussein serta Osama bin Laden
            Majlis NATO mengisytiharkan bahawa serangan ke atas Amerika Syarikat merupakan serangan ke atas semua negara NATO. Sejurus selepas serangan berlaku, kerajaan Bush mengumumkan Perang Terhadap Keganasan, dengan matlamat membawa Osama bin Laden dan al-Qaeda ke muka pengadilan serta mencegah kebangkitan rangkaian pengganas yang lain. Antara pendekatan yang diambil untuk mencapai matlamat ini termasuklah sekatan ekonomi dan ketenteraan ke atas negara-negara yang dilihat melindungi pengganas, serta mempertingkat usaha pemantauan dan perisikan sedunia.
            Pada 7 Oktober 2001, Perang di Afghanistan bermula apabila tentera A.S. dan British melancarkan kempen pembedilan udara di Afghanistan dengan kem-kem Taliban dan al-Qaeda sebagai sasaran, kemudian menghantar tentera Pasukan Operasi Khas untuk menceroboh Afghanistan. Penggulingan pemerintahan Taliban di Afghanistan oleh tentera campuran pimpinan A.S. merupakan operasi kedua terbesar usaha Perang Terhadap Keganasan di luar A.S., dan yang terbesar yang berkaitan langsung dengan terorisme. Filipina dan Indonesia, antara negara-negara yang berdepan dengan konflik dalaman dengan keganasan Islam, juga mempertingkatkan kebersediaan tenteranya.
            Semenjak berlakunya peristiwa 11 September 2001, negara-negara Islam dan umat Islam di seluruh dunia telah dianggap berbahaya dan berkemungkinan mampu menjadi pengganas pada masa akan datang. Kawalan ketat juga berlaku di setiap pintu masuk Amerika Syarikat terhadap orang ramai yang beragama Islam. Terdapat juga pelancong yang beragama Islam sukar untuk melancong ke Amerika Syarikat di sebabkan sifat prasangka negara Amerika terhadap orang Islam yang dianggap pengganas.
            Kesan serangan 11 September terhadap ekonomi dunia pula ialah ekonomi dunia berada dalam keadaan yang tidak stabil. Amerika Syarikat merupakan kuasa ekonomi yang mengawal ekonomi dunia. Sekiranya ekonomi Amerika jatuh, maka ekonomi dunia akan terjejas. Masa yang diambil untuk memulihkan ekonomi seperti sediakala mengambil masa yang lam iaitu hampir bertahun-tahun.

            Selain itu, kesan terhadap kesihatan pula turut terjejas. Penduduk Amerika terutamanya sukarelawan dan orang ramai yang berada berdekatan kawasan runtuhan World Trade Center akan mengalami masalah kesihatan yang serius akibat debu yang terhasil daripada runtuhan tersebut. Terdapat juga penduduk yang meninggal dunia selepas beberapa bulan kerana mengalami masalah kesihatan yang teruk seperti Asma, radang paru-paru dan lain-lain.

RUJUKAN

No comments:

Post a Comment