Pages

Tuesday, 1 October 2013

PENGENALAN


Blog ini dicipta bagi membincangkan, menyatakan pendapat dan idea, menganalisis dan juga memperlihatkan isu-isu global yang berkaitan dengan jenayah dan keganasan yang berlaku sehingga mengemparkan seluruh dunia tidak kira dalam mahupun luar negara. Keadaan dunia yang telah sekian lama mencapai tingkat globalisasi yang tinggi serba sedikit memberi impak yang positif mahupun yang negatif terutama kepada Negara Sedang Membangun (NSM). Bermulalah era perubahan masyarakat dunia dimana teknologi, penciptaan dan penghasilan menjadi aset yang penting kepada sesebuah negara dalam memacu dan membangunkan sesebuah negara. Interaksi antara negara-negara bukan sahaja berlaku secara formal yakni diplomatik dan kerjasama antarabangsa, berlaku juga kerjasama kumpulan-kumpulan ‘underground’ seperti penjualan barangan haram dan seludup (black market) malahan manusia juga menjadi antara barangan yang diperdagangkan.
JENAYAH ditakrifkan dengan pelbagai makna dan umumnya jenayah adalah sesuatu yang bergntung kepada dua set norma yang berkaitan dengan perundangan dan kos norma yang wujud dalam sesuatu budaya (G.Kong Meng; 2007). Salleh Abas (1998) mengtakrifkan jenayah adalah satu kesalahan yang dilakukan seseorang dengan niat hendak melakukan sesuatu perbuatan itu, lantaran atas kesalahan tersebut seseorang yang bertanggungjawab boleh dihukum dengan balasan setimpal kerana melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang. Jenayah juga dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara. Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri atau mencederakan orang lain adalah perbuatan jenayah.

KEGANASAN pula ditakrifkan ialah penggunaan paksaan agar mencederakan atau mendera seseorang. Istilah ini secara umumnya memaksudkan pembinasaan akibat fenomena alam seperti ribut dan gempa bumi, tetapi lebih kerap menggambarkan tindakan mencederakan orang secara paksaan dan sengaja, serta pencelaan dan penderaan emosi terhadap orang. Peperangan merupakan keganasan teratur besar-besaran yang dilancarkan sesebuah negara terhadap negara lain. terdapat juga negara yang menghalalkan penggunaan kekerasan melalui kuasa polis dan tentera untuk memastikan ketenteraman awam serta meluhuri kedaulatan undang-undang. Punca-punca sikap dan kelakuan ganas merupakan topik penting dalam bidang psikologi dan sosiologi.keadaan di mana perasaan takut terhadap jenayah dapat dikurangkan. 

No comments:

Post a Comment