Pages

Monday, 16 December 2013

Kongsi Gelap Di Malaysia


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit Aman.



Pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini. Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.


Sesetengah kumpulan kongsi gelap ini menjalankan aktiviti yang berbahaya seperti mengedar dadah dan merompak tapi ada juga yang menjalankan aktivi seperti perjualan produk seperti kopi campuran, key chain, pakaian dan logo.
sumber: PDRM

Jenayah Cyber


"Semuanya boleh digapao di hujung jari andaFrasa ayat ini cukup popular dalam kalangan masyarakat pada abad ini. Sementelahan, kehidupan yang dilingkari dengan teknologi canggih tanpa sempadan telah melahirkan satu kelompok manusia yang hidup serba mudah dan ringkas. Oleh demikian, jenayah juga mula bertukar wajah seiring dan sejalan dengan arus modenisasi. Jenayah siber adalah antara penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara –negara yang maju seperti Amarika Syarikat, China, Jepun dan Korea. Jenayah siber didefinisikan perbuatan kriminal yang dilakukan melalui komputer dalam internet untuk mendapat keuntungan dengan menderitakan serta merugikan mangsa yang terperangkap."Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI.

Di Malaysia, jenayah siber mula menjengah sekitar tahun 1991 apabila kerajaan sedang memberi perhatian kepada perancangan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah antara akta yang terawal dalam menangani masalah jenayah siber. Namun, statistik kadar jenayah siber pada era ini amat membimbangkan malah seolah-olah memberi ancaman baru kepada masyarakat dan negara.

FAKTOR YANG MENYUMBANG
  • Kurangnya maklumat dan seliaan dalam penggunaan teknologi dengan selamat. Masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka sebagai pengguna. 
  • Ramai pengguna cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan butir-butir peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Oleh demikian individu yang tidak bertanggungjawab akan “mencuri” atau “meniru identiti” pengguna untuk keuntungan mereka atau menjatuhkan individu lain.
  • Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran makumat yang cepat dan mudah diakses.
  • Graf peningkatan jenayah siber bertambah apabila penggunaan perbankan online secara meluas diperkenalkan kepada pengguna.
Maklumat lebih lanjut di sini.


Globalisasi dan Penyeludupan Senjata Api

Globalisasi membawa seribu erti yang luas untuk kita fahami. Konsep globalisasi dipermudahkan dengan kata “dunia tanpa sempadan”, iaitu pencantuman dunia pada pusat yang berpaksikan kepada teknologi dan maklumat tanpa sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Menurut Dr Nurcholish Majid (1970), globalisasi ialah proses mengubah kehidupan umat manusia menuju kepada satu masyarakat sahaja.


Isu Penyeludupan dan penjualan senjata api di pasaran gelap telah sekian lama berlaku tanpa mampu dibendung secara sepenuhnya. Masalah ini berpunca daripada kurangnya sekatan dan kawalan yang ketat di seluruh kawasan sempadan negara termasuk di laluan darat, air dan laut. Di Malaysia beberapa pasukan penguatkuasaan keselamatan telah ditugaskan untuk menjaga perairan antarabangsa dan 262 pintu masuk sempadan negara antaranya adalah pasukan Maritim, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan Polis Laut Diraja Malaysia. Penyeludupan senjata api banyak berlaku di kawasan sempadan Malaysia-Thailand (laluan Bukit Kayu Hitam) di mana terdapat pelbagai taktik yang digunakan oleh individu mahupun kumpulan dalam memastikan barangan seperti senjata api yang boleh dbeli di negara jiran dapat diseludup masuk ke negara ini. Malah kewujudan ‘lorong tikus’ di sepanjang sempadan ekoran faktor geografi sempadan Malaysia-Thailand juga digunakan untuk mewujudkan rangkaian yang mendorong kepada aktiviti penyeludupan senjata api. Walaupun perbatasan negara telah terjaga rapi, aktiviti  penyeberangan sempadan di sempadan negara masih berlaku. Pelbagai implikasi yang dialami kerajaan dan masyarakat akibat daripada aktiviti ini. Merujuk laporan akhbar Utusan bertarikh 9 Jun 2012, berlaku peningkatan penggunaan senjata api untuk tujuan jenayah di negeri Kelantan. Rujuk artikel Di sini.


KESAN

Masyarakat kini merasa bimbang dan merasakan tahap keselamatan mereka semakin terhakis apabila semakin banyak kes pembunuhan secara rambang berlaku. Memetik dari kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan, kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang makin berleluasa sekarang merupakan fenomena baharu dan mungkin melibatkan 'pembunuh upahan'. ini memperlihatkan bahawa negara kita sudah mempunyai tren baru dalam kerjaya dan memberikan pulangan yang pastinya cukup lumayan kepada golongan' pembunuh upahan' ini.

Berikut merupakan beberapa kronologi ke tembak di Malaysia untuk tahun 2013:-

4 Feb- K Nanthan, 33, cedera parah selepas ditembak oleh salah seorang dari lelaki bertopeng yang menaiki kereta di Arena Kepayang Putra, Fair Park.Klik Info

15 Februari- Seorang bekas anggota tentera, Sauti Muda, 57, maut ditembak dan ditetak dengan pedang oleh dua lelaki menaiki motosikal ketika mangsa sedang bersarapan bersama isteri di sebuah kedai makan, berhampiran rumahnya di Kampung Kemasin.

30 Mac- G.Lingeswaran (29) cedera ditembak di peha dan ditetak di kepala serta tangan kiri dalam satu pergaduhan. Klik Info

25 April -N. Ragunathan (39) ditembak mati di dalam kereta selepas berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan di Kalan Seremban- Taiping.

26 April- Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shahruddin Ibrahim(58) maut ditembak di Putrajaya.

29 April- Polis masih mencari seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tembak di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor.

30 April- Seorang lelaki berusia 26 tahun hamper maut apabila ditembak di luar rumahnya di Simpang, Taiping. Klik Info

12 Mei- Pekerja kedai barang tepakai ditembak mati berhampiran lampu isyarat di Kulim, Kedah.

12 Mei- Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam dua lelaki ditembak mati dalam satu serangan manakala dua lagi rakan parah selepas ditembak dua lelaki menaiki motosikal. Semua lelaki yang berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu menaiki sebuah kereta pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat berdekatan sebuah stesen minyak di Jalan Datuk Bandar Tunggal, Seremban.Klik Info

13 Mei- Dua lelaki terbunuh dan dua lagi cedera apabila seorang lelaki bermotosikal melepaskan tembakan di sebuah kenduri kahwin di Butterworth, Pulau Pinang.

16 Mei-kes menetak, mengikat dan menembak seorang pekerja kontrak Petronas di Dungun. Klik Info

16 Mei- Polis Kelantan sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai boleh membantu siasatan kes tembak seorang buruh di Kampung Gong Batu, Tawang, Bachok. Klik Info

25 Mei- Zahari Razak, 57, mati ditembak sejurus keluar dari pekarangan masjid dengan memandu kereta BMW seorang diri. Klik Info

26 Mei- Seorang lelaki cedera parah akibat ditembak dari belakang oleh individu yang tidak dikenali di Jalan Melati, Nilai.Klik Info

29 Mei- Seorang ahli perniagaan parah ditembak tujuh kali oleh dua lelaki bermotosikal di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh.

3 Jun- Seorang pemandu bas sekolah cedera di kaki kanan akibat terkena tembakan di hadapan rumahnya di Taman Merbau, Sungai Dua.Klik Info

14 Jun- Gara-gara enggan bekerjasama dengan sekumpulan penyamun, seorang peniaga cedera parah di bahagian perut setelah ditembak salah seorang anggota kumpulan itu dalam kejadian samun berhampiran Stesen Bas Kuala Kurau, Jalan Baharu. Klik Info

4 Julai- Polis Pulau Pinang menjejak dua suspek terbabit dalam kejadian seorang lelaki ditembak mati di sebuah medan selera di Jalan Relau.Klik Info

5 Julai- Mat Zaki Hashim (35) seorang guru cedera parah apabila ditembak di leher di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas.Klik Info

8 Julai- Hashim Mat Zain, seorang guru penolong kanan, maut ditembak tiga das dari jarak dekat ketika baru keluar dari Sekolah Rendah Kenbangsaan Beris Pnchor di Bachok.

12 Julai- Seorang kanak-kanak empat tahun cedera di kepala dan kaki apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah ayahnya di hadapan rumah di Bukit Jambul, Pulau Pinang.Klik Info

15 Julai- Dua beranak parah ditembak ketika sedang berehat selepas berbuka puasa dalam satu kejadian samun bersenjata di Taman Sejahtera, KamparKlik Info

18 Julai- K. Shanmugam seorang guru dari Taman Biadara, Kulim maut selepas ditembak dua lelaki di simpang empat Keladi.Klik Info

19 Julai- Seorang peniaga kosmetik berusia 38 tahun cedera di lengan dipercayai akibat ditembak dua lelaki yang memecah masuk rumahnya, di Puchong.Klik Info

23 Julai- Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak. Klik Info


28 Julai- Jasrafveenderjeet Singh (25) ditembak sementara dua rakannya cedera apabila dua penembak melepaskan tembakan ke dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Kampung Simee, Ipoh.

28 Julai- Pengerusi Badan pemantau jenyah MyWatch R.Sri Sanjeevan parah akibat ditembak dua lelaki bermotosikal ketika memandu kereta jenis BMW.

1 Ogos- seorang pemandu van kilang mati ditembak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di persimpangan Jalan Permai Utama berdekatan Taman Seri Semarak Di Parit Buntar.

4 Ogos- Balamurali Balakrishnan (36) pegawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Cheras Perdana, Kajang.

5 Ogos- Amirul Tajo Nasir (40), seorang penoreh getah, maut selepas ditembak dalam kejadian di kampong telosan, Pasir Puteh.

War and Globalization - The Truth Behind September 11 (9/11)



Isu Kejadian 11 Sept yang menjadi satu titik tolak kepada kehancuran beberapa kuasa besar di negara-negara Timur Tenggah khususnya negara Islam. kesan yang cukup besar dirasai sehingga kini umumnya kepada negara-negara (Iraq dan Afganistan) yang terlibat secara langsung dalam peperangan terbabit

Tuesday, 22 October 2013

Pemerdagangan Manusia

PENGENALAN
Pemerdagangan manusia merupakan salah satu bentuk ancaman terhadap hak asasi dan keselamatan manusia. Ia merupakan satu pencabulan hak asasi yang paling buruk dan dunia memandang serius perkara ini termaksuklah Malaysia. Pada umumnya, definisi pemerdagangan manusia merujuk tafsiran protokol pertubuhan bangsa-bangsa bersatu ( PBB) dalam artikel 3, protokol PBB ialah pemerdagangan orang bermakna perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampung atau penerimaan orang, dengan cara ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan lain, perculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan atau memberi atau menerima bayaran atau pemanfaatan untuk mencapai persetjuaan seseorang yang mempunyai kawalan keatas orang lain, untuk tujuan eksplotasi.

Kebanjiran mangsa pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran ke Malaysia telah menjadi satu isu baru yang perlu ditangani oleh semua pihak yang berkenaan khususnya kerajaan Malaysia. Keadaan ini semakin serius apabila Malaysia telah dilabel sebagai Negara transit dan Negara destinasi bagi kes pemerdagangan manusia di rantau Asia Tenggara. Sehubungan dengan itu juga Malaysia telah diletak pada tahap Tiew 2WL oleh PBB akibat daripada peningkatan kes pemerdagangan manusia. Kebanjiran mangsa kes pemerdagangan manusia ini telah memberi implikasi negatif terhadap kedaulatan Negara.



Situasi Semasa Di Dunia
Pemerdagangan manusia adalah jenayah terancang yang ketiga terbesar didunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api. Malah kini ia menjadi satu bentuk pemerdagangan hamba abadi moden yang tidak kenal bangsa, agama, keturunan dan warna kulit. Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun 2004 sahaja dianggarkan seramai 700000 orang diperdagang setiap tahun bagi tujuan seks. Di Bangladesh umpamanya, sebuah laporan UNICEF menyatakan kira-kira 400 orang wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan setiap bulan yang kebanyakan mereka berusia 12 hingga 16 tahun dan dipaksa bekerja dalam industri seks komersial.

Situasi Di Malaysia
Aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia diperingkat antarabangsa semakin berleluasa dan menjadi masalah kepada banyak Negara ternasuklah dimalaysia. Di Malaysia perkembangan ekonomi dan kemakmuran Negara menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari seluruh dunia dan ini membuka peluang kepada kerancakan landskap aktiviti jenayah yang baru di Negara ini. Berada di kedudukan ditengah-tengah Negara Asian, Malaysia merupakan antara lokasi strategik sama ada sebagai Negara destinasi atau transit bagi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Ditambah dengan lambakan sarang pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut serta kedatangan pelancong dan pekerja asing ke Malaysia menggalakkan lagi sendikit pelacuran yang membawa masuk secara sah ataupun haram gadis dari China, Indonesia, Thailand, dan India untuk memenuhi permintaan pelanggan. Ini terbukti berdasarkan jumlah tangkapanyang dilakukan dalam operasi serbuan oleh polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke tempat-tempat disyaki sarang pelacuran dan rumah urut di sekitar Bandar besar di Negara ini.

Selain daripada itu, bukan sahaja wanita, malah lelaki dewasa turut diperdagangan terutama untuk pengeksploitasian buruh atau dijadikan buruh paksa. Kebanyakan mereka yang dating dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu. Malah lebih menyedihkan mereta turut dipaksa bekerja untuk tempoh yang panjang sehingga lebih 18 jam sehari tanpa dibayar upah. Disamping itu juga, kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi untuk diperdagangkan terutama bagi aktiviti meminta sedekah atau dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Menurut statistic Majlis Anti pemerdagangan orang (MAPO). Sejak 28 Feb 2008 hingga 21 Dis 2010, sebanyak 304 kes dilaporkan membabitkan pelbagai jenis eksploitasi dan 434 orang ditahan kerana terbabit dalam jenayah berkenaan. Daripada jumlah itu, 1930 manmgsa mendapat perintah perlindungan sementara (IPO) manakala 708 lagi perintah perlindungan yang mana kebanyakan mangsa terbabit terlibat dalam eksploitasi seks (189 mangsa), perkhidmatan paksa (58), penyeludupan manusia (24) dan penjualan bayi (11).

KESAN-KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA

Kesan Pemerdagangan Manusia Terhadap Kerajaan Malaysia
Terletak ditengah-tengah ASEAN, Malaysia menjadi lokasi paling strategic sama ada sebagai Negara destinasi atau transit bagi aktiviti pemerdagangan manusia. Kelemahan dari sudut kedudukan geografi itu memudahkan Negara menghadapi kesan limpahan apabila berlakunya masalah ekonomi. Keamanan dalam Negara juga menyebabkan Malaysia menjadi destinasi pilihan. Negara juga dijadikan pusat transit untuk menyeludup manusia ke Negara ketiga seperti Australia dan amerika syarikat. Hasil kajian mendapati, Negara Malaysia khususnya negeri sabah adalah salah satu destinasi, dan negeri persingahan untuk wanita dan kanak-kanak yang diperdagangkan untuk eksploitasi seks secara komersial dan buruh paksa bagi lelaki.



Kesan Masalah Pemerdagangan Manusia Terhadap Masyarakat

Masalah pemerdagangan manusia semakin berleluasa dan mendatangkan impak negative terhadap masyarakat. Masalah pemerdagan manusia akan menyebabkan masyarakat hidup dalam kerisauan. Nilai kejiranan mungkin tidak lagi wujud dalam kalangan masyarakat kerana risau anak-anak mereka akan diculik atau ditipu oleh jiran. Sebagai contoh, dewasa ini ibu yang hendak ke pasar tidak lagi akan tinggalkan anak kecil mereka kepada jiran, mereka sanggup bawa anak kecil bersama-sama walaupun sangat menyusahkan. Budaya ini tidak sama seperti dulu, nilai kejiranan semakin terhakis. Silaturahim antara masyarakat akan semakin tegang.


Kesan Masalah Pemerdagangan Manusia Terhadap Ekonomi Dan Budaya.
Ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli terhadap kesan daripada aktiviti pemerdagangan manusia ini. Setiap yang terjadi mesti ada akibatnya, sebagai contoh dari segi ekonomi. Ramai yang tidak sedar dan tahu bahawa pada setiap tahun kira-kira 20 billion poun wang mengalir keluar Negara akibat daripada aktiviti tersebut. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kerugian yang besar terhadap Negara dan ternyata pengaliran wang keluar yang banyak ke luar Negara akan menjejaskan ekonomi Negara kita. Selain itu, kehadiran manusia diseldudup dari pelbagaiu Negara ini yang ada budaya tersendiri akan menjejaskan negra dari segi budaya, demografi, sosial dan institusi kekeluargaan.

LANGKAH UNTUK MENGATASI PEMERDAGANGAN MANUSIA

Penguatkuasaan Undang-Undang
Langkah serius kerajaan menangani isu pemerdagangan orang telah menaikkan taraf Malaysia ke tahap (TIER) 2 ( Dalam Pemerhatian) daripada tahap 3 dalam laporan pemerdagangan orang amerika syarikat (TIP) 2010. Laporan TIP adalah senarai kedudukan Negara-negara dunia berdasarkan tahap pematuhan standard minimum dalam memerangi pemerdagangan orang. Pencapaian TIP adalah berdasarkan standard minimum dalam memerangi pemerdagangan orang. Pencapaian TIP adalah berdasarkan kepatuhan Negara menerusi akta perlindungan pemerdagangan dan kegansan (TVPA) Amerika syarikat. Menurut klasifikasi antarabangsa, tahap satu merujuk kepda Negara yang melakukan pematuhan sepenuhnya dan tahap dua bagi usaha signifikan untuk memnuhi TVPA. Manakala tahap tiga pula bermaksud sebagai Negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.

Kerjasama Dengan Negara Jiran
Malaysia dan Australia baru-baru ini juga telah bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesan kepada Negara-negara jiran seperti singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamnaya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan. Dengan kerjasama yang dapat dilaksanakan ini kita dapat untuk membanteras segala masalah pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa ini. Jadi ini sekaligus menunjukkan bahawa kerjasana sesame Negara serantau ini untuk membenteras sebarang jenayah akan lebih memudahkan dan mampu untuk diselesaikan dengan sebaiknya.

Kempen Kesedaran
Pihak yang bertanggunjawab harus memainkan peranan mereka dalam menagani masalah pemerdagangan manusia walaupun dengan pelbagai cara sekalipun. Contohnya dengan menjalankan kempen kesedaran, ini sekaligus akan meberi kesedaran kepada masyarakat tentang semakin berleluasa masalah pemerdagangan manusia ini, kempen boleh dijalankan menerusi media massa yang perlu dijalankan dari semasa ke semasa. Dengan adanya kempen sebegini menyebabkan masyarakat akan mengetahui bahawa banyak kesan yang akan diterima daripada jenayah pemerdagangan orang ini. Tambahan lagi, dengan kempen kesedaran ini juga sekaligus dapat menggalakkan masyarakat untuk membanteras masalah ini daripada terus berleluasa yang boleh memberi impak bukan sahaja kepada inidvidu itu sendiri malah kepada Negara juga.



Friday, 4 October 2013

TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001


VIDEO TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001
http://www.youtube.com/watch?v=wNNTcHq5Tzk


Tragedi WTC September 11 ada dalam Al-Quran Surah At-Taubah...! Tragedi September 11 ternyata sudah dituturkan Allah dalam Al-Quran Surah At-Taubah :




11 SEPTEMBER 2001
Peristiwa 11 September 2001 merupakan peristiwa yang menjadi salah satu peristiwa keganasan yang menjadi pencetus ke arah keganasan-keganasan lain. Contohnya peperangan Afghanistan, Iraq, Palestin, Mesir dan lain-lain. Serangan udara yang berlaku pada 11 September 2001 ke atas World Trade Center, Amerika Syarikat merupakan salah satu keganasan global yang menjadi igauan ngeri bagi penduduk dunia terutamanya keluarga penduduk Amerika Syarikat yang telah terkorban dalam serangan tersebut.           Serangan berlaku pada awal pagi 11 September 2001, di mana 19 orang perampas mengambil alih pengemudian empat buah pesawat penumpang komersil yang berada dalam perjalanan ke San Francisco dan Los Angeles dari Boston, Newark, dan Washington, D.C. Pada 8:46 pagi, Penerbangan 11 American Airlines terhempas ke dalam Menara Utara World Trade Center, disusuli oleh Penerbangan 175 United Airlines yang merempuh Menara Selatan pada 9:03 pagi.
            Sekumpulan lagi perampas menerbangkan Penerbangan 77 American Airlines ke dalam Pentagon pada 9:37 pagi, dan yang satu lagi, iaitu Penerbangan 93 United Airlines, terhempas berhampiran Shanksville, Pennsylvania, pada 10:03 pagi, setelah para penumpangnya bertarung dengan perampas. Sasaran mutlak Penerbangan 93 dijangkakan sama ada bangunan Kapitol (tempat persidangan Kongres Amerika Syarikat) atau Rumah Putih. Namun usaha untuk meruntuhkan rumah putih tidak berjaya.

Punca Utama Serangan Ke Atas World Trade Center, Amerika Syarikat
Antara motif-motif di sebalik serangan 11 September ialah kehadiran pihak A.S. di Arab Saudi, sokongan A.S. terhadap Israel, dan sekatan terhadap Iraq. Menurut OsamaLaden, penubuhan negara Israel merupakan pemimpin jenayah dunia. Rakyat Iraq pula dibebani pembinasaan oleh perikatan salibi-Zionis, dan telah ramai yang dibunuh sehingga menjangkau sejuta orang tetapi Amerika tidak pernah berhenti untuk membunuh rakyat Iraq. Motif-motif ini dinyatakan terang-terangan oleh al-Qaeda dalam beberapa pengisytiharan sebelum serangan berlaku, termasuk fatwa-fatwa yang dikeluarkan pada Ogos 1996, dan Februari 1998.  Selepas kejadian, Osama Laden dan Ayman al-Zawahiri menerbitkan beberapa lagi pita video dan audio, sesetengahnya mengulang-ulang sebab-sebab serangan itu dilakukan. Dua terbitan yang terpenting ialah "Warkah untuk Amerika" oleh Osama Laden pada tahun 2002, dan pita video 2004 oleh Osama Laden juga. Selain pengumuman langsung oleh bin Laden dan Al-Qaeda, dorongan kepada serangan ini juga dianjurkan oleh ramai pengupas politik.
            Kehadiran tentera A.S. yang berterusan di Arab Saudi selepas Perang Teluk ialah salah satu dorongan yang tersurat di sebalik serangan pengganas 11 September, pengeboman Menara Khobar, dan juga tarikh yang dipilih untuk pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998 (7 Ogos), iaitu genap lapan tahun selepas hari ketibaan tentera A.S. di Arab Saudi. Osama Laden mentafsir sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang melarang "kehadiran orang kafir secara tetap di tanah Arab". Pada tahun 1996, Osama Laden mengeluarkan fatwa yang menyeru supaya tentera Amerika Syarikat keluar dari Arab Saudi. Dalam fatwa 1998, Al-Qaeda menyatakan: "sudah lebih tujuh tahun Amerika Syarikat menduduki tanah Islam di tempat-tempat tersuci, di Semenanjung Arab, menjarah kekayaannya, mengarah-arah pemerintahnya, mengaibkan rakyatnya, mengganas jiran-jirannya, lalu menjadikan pangkalannya di Semenanjung sebagai penganjur untuk menentang umat Islam yang berjiran."Dalam temu bual bersama Rahimullah Yusufzai pada Disember 1999, bin Laden meluahkan pandangannya bahawa tentera Amerika berpangkalan "terlalu dekat dengan Makkah" dan menganggap perihal ini sebagai pembangkit kemarahan seluruh dunia Ilam.

Mangsa Yang Terbunuh Dalam Serangan 11 September 2001
Terdapat sejumlah 2,996  orang terbunuh, termasuk 19 perampas dan 2,977 mangsa. Taburan korban adalah seperti berikut: 246 orang di keempat-empat pesawat (daripada mana tiada yang terselamat), 2,606 orang di Bandar Raya New York, di dalam menara berkembar dan atas tanah, dan 125 orang di bangunan Pentagon.  Kesemua mangsa korban dalam kejadian ini adalah orang awam, kecuali 55 kakitangan tentera yang terbunuh dalam serangan di Pentagon.
Beberapa minggu selepas kejadian, bilangan korban dianggarkan melebihi 6,000,  tetapi rupanya ini lebih dua kali bilangan yang disahkan mati. Pihak bandaraya hanya mampu mengenal pasti identiti mayat untuk kira-kira 1,600 mangsa di World Trade Center. Pejabat pemeriksa perubatan juga mengumpul "kira-kira 10,000 cebisan tulang dan tisu tak terkenal pasti yang tidak dapat dipadankan dengan senarai mangsa korban".
Kesan Daripada Serangan 11 September 2001
Pada 2:40 petang 11 September, Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld mengeluarkan arahan segera kepada para pembantunya untuk mencari bukti pelibatan Iraq, menurut catatan yang diambil oleh pegawai dasar kanan, Stephen Cambone, dalang utama serangan 11 September ialah Saddam Hussein serta Osama bin Laden
            Majlis NATO mengisytiharkan bahawa serangan ke atas Amerika Syarikat merupakan serangan ke atas semua negara NATO. Sejurus selepas serangan berlaku, kerajaan Bush mengumumkan Perang Terhadap Keganasan, dengan matlamat membawa Osama bin Laden dan al-Qaeda ke muka pengadilan serta mencegah kebangkitan rangkaian pengganas yang lain. Antara pendekatan yang diambil untuk mencapai matlamat ini termasuklah sekatan ekonomi dan ketenteraan ke atas negara-negara yang dilihat melindungi pengganas, serta mempertingkat usaha pemantauan dan perisikan sedunia.
            Pada 7 Oktober 2001, Perang di Afghanistan bermula apabila tentera A.S. dan British melancarkan kempen pembedilan udara di Afghanistan dengan kem-kem Taliban dan al-Qaeda sebagai sasaran, kemudian menghantar tentera Pasukan Operasi Khas untuk menceroboh Afghanistan. Penggulingan pemerintahan Taliban di Afghanistan oleh tentera campuran pimpinan A.S. merupakan operasi kedua terbesar usaha Perang Terhadap Keganasan di luar A.S., dan yang terbesar yang berkaitan langsung dengan terorisme. Filipina dan Indonesia, antara negara-negara yang berdepan dengan konflik dalaman dengan keganasan Islam, juga mempertingkatkan kebersediaan tenteranya.
            Semenjak berlakunya peristiwa 11 September 2001, negara-negara Islam dan umat Islam di seluruh dunia telah dianggap berbahaya dan berkemungkinan mampu menjadi pengganas pada masa akan datang. Kawalan ketat juga berlaku di setiap pintu masuk Amerika Syarikat terhadap orang ramai yang beragama Islam. Terdapat juga pelancong yang beragama Islam sukar untuk melancong ke Amerika Syarikat di sebabkan sifat prasangka negara Amerika terhadap orang Islam yang dianggap pengganas.
            Kesan serangan 11 September terhadap ekonomi dunia pula ialah ekonomi dunia berada dalam keadaan yang tidak stabil. Amerika Syarikat merupakan kuasa ekonomi yang mengawal ekonomi dunia. Sekiranya ekonomi Amerika jatuh, maka ekonomi dunia akan terjejas. Masa yang diambil untuk memulihkan ekonomi seperti sediakala mengambil masa yang lam iaitu hampir bertahun-tahun.

            Selain itu, kesan terhadap kesihatan pula turut terjejas. Penduduk Amerika terutamanya sukarelawan dan orang ramai yang berada berdekatan kawasan runtuhan World Trade Center akan mengalami masalah kesihatan yang serius akibat debu yang terhasil daripada runtuhan tersebut. Terdapat juga penduduk yang meninggal dunia selepas beberapa bulan kerana mengalami masalah kesihatan yang teruk seperti Asma, radang paru-paru dan lain-lain.

RUJUKAN

Tuesday, 1 October 2013

Dr Kamaruzaman - Arab Spring Tsunami Kebangkitan Revolusi Rakyat Menenta...


Fenomena Dunia Islam & Kebangkitan Arab Spring


Arab Spring telah mengubah lahan dunia Arab, juga Afrika Utara dengan tumbangnya satu persatu regim tirani yang memerintah puluhan dekad umat Islam di kaki anak muda pemberani. Perubahan politik yang meruak pintu ruang demokratik akhirnya memberikan impak yang besar terhadap gerakan Islam yang menjadi tenaga penggerak seruan pembebasan. Gerakan Islam amat penting mewarnai sejarah Islam abad moden dan daripada beberapa sudut, dapat dilihat sebagai sebahagian daripada pusingan gerakan kebangkitan yang berulang dalam sejarah dunia.
Tunisia memulakan wisel, larian pantas di medan Tahrir Kaherah, melaju ke Libya, terus menerjah gawang Syria. Sokongan hangat di Bahrain, Yaman, Algeria, juga tangisan kegembiraan di Gaza yang menunggu saat kepungan akan terbarai dengan kebangkitan Arab yang melanda Asia Barat. Dunia sedang memerhati dengan penuh debaran, bagaimanakah rantau konflik ini selepas pintu demokrasi dibuka, berdayakah gerakan Islam atau hanya menjadi pemain simpanan untuk panggung politik yang semakin meriah.
Kebanyakan dunia arab atau lebih dikenali sebagai Asia Barat diperintah oleh rejim yang memerintah sehingga berpuluh abad lamanya. Setelah kejatuhan empayar Khilafah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924 masehi, negara-negara arab mula dipecahkan satu persatu sehingga terwujudnya beberapa buah negara yang berdiri dengan kakinya sendiri, setelah kedatangan penjajah, maka negara-negara arab telah dipimpin oleh rejim untuk tempoh pemerintahan yang panjang.
Sepanjang pemerintahan rejim di dunia arab banyak kezaliman yang timbul, namun rakyat tidak dapat berbuat apa-apa kerana di dalam proses pilihan raya yang diadakan tiada ketelusan, kebebasan suara disekat, sesiapa yang menentang kerajaan akan ditangkap dan dihumban ke dalam penjara, ini dapat dibuktikan dengan sejarah yang dilalui oleh beberapa orang tokoh gerakan Islam seperti As-Syahid Sheikh Hassan Al-Banna, As-Syahid Syed Qutb, Sayyid Abul A’la Maududi dan ramai lagi, mereka telah beberapa kali dihumban ke dalam penjara bahkan ada yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas sebab menentang pemerintah, dalam masa yang sama rakyat terus dizalimi oleh pemerintah.
Begitu banyak kerosakan dan kebatilan yang berlaku dalam sistem pemerintahan rejim negara-negara di asia barat, kerosakan dan kebatilan yang berlaku merujuk kepada pemerintah yang memerintah negara itu sendiri, dan kebanyakkan pemerintah di asia barat mempunyai beberapa sifat sepunya antaranya ialah sistem pemerintahan yang zalim, memegang tampuk pemerintahan dalam jangka masa yang agak lama, pemerintah juga membolot harta kekayaan negara, sikap isteri pemerintah juga dilihat sebagai kebatilan dalam pemerintahan dan sistem pemerintahan yang bersifat tidak demokratik, perkara-perkara inilah yang harus dibendung dalam sistem pemerintahan sesebuah negara (Kamaruzzaman Yusoff, 2012). Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud :-
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji),  dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya
Penentangan terhadap pemerintah yang zalim telah berlaku sejak abad 20-an lagi, di Mesir sebagai contoh, kemunculan gerakan Ikhwan Al-Muslimun oleh Hassan Al-Banna pada tahun 1928 adalah sebagai langkah yang diambil bagi mengembalikan pemerintahan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah iaitu pemerintahan Khilafah Islamiyyah yang runtuh pada 1924 bagi menggantikan pemerintahan rejim yang zalim (Riduan Mohamad Nor , 2011 ; 25). Namun segala usaha yang dilakukan masih tidak membuahkan hasil, bahkan beberapa orang tokoh telah syahid dalam memperjuangkan kebenaran.
Oleh yang demikian itu, sebagai jalan terakhir bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh dunia arab ialah dengan melancarkan revolusi bagi menumbangkan kerajaan rejim yang zalim. Fenomena kebangkitan arab menentang rejim yang zalim atau disebut juga sebagai Arab Spring pada abad ke-21 ini telah bertitik tolak dari negara Tunisia iaitu pada Disember 2010 rentetan daripada kezaliman kerajaan terhadap Mohamed Bouazizi yang menyebabkan dia membakar dirinya akibat tertekan.
Bagaikan nyalaan api di atas limpahan petrol, fenomena kebangkitan arab mula tersebar ke beberapa negara arab yang lain, seperti Mesir, Algeria, Syria, Bahrain, Yaman dan sebagainya (Kamaruzzaman Yusoff, 2012), antara negara awal yang terkena percikan api kebangkitan arab ialah Mesir. Negara Mesir diperintah oleh rejim Hosni Mubarak selama 80 tahun lebih, sepanjang tempoh tersebut rakyat Mesir terutama gerakan Ikhwan Muslimun telah menghadapi kezaliman rejim selama 80 tahun lamanya. Perkembangan pesat Ikhwan Muslimun cuba dihalang oleh rejim-rejim Mesir yang telah bekerjasama dengan pihak barat, mereka menerima tekanan politik yang amat dahsyat, ribuan diheret ke penjara tanpa perbicaraan, pelbagai fitnah telah dilemparkan ke atas mereka, gerakan Ikhwan Muslimun juga pernah diharamkan atas sebab menuntut kerajaan agar melaksanakan undang-undang syariah di negara Mesir (Riduan Mohamad Nor , 2011; 27).
Namun sejarah telah membuktikan yang benar akan menenggelamkan yang batil, rejim Mubarak telah berjaya digulingkan oleh rakyat Mesir seterusnya mengangkat Dr. Mohamed Morsi wakil dari Ihkwan Muslimun menjadi presiden baru Mesir, ia dilihat sebagai harapan baru bagi umat Islam di Mesir. Walau bagaimanapun, dalam protes rakyat yang bermula pada Januari 2012 lalu, gerakan Ikhwan Al-Muslimun tidak menunjukkan kehadirannya secara terbuka, ia adalah bertujuan mengelakkan respon keras kerajaan rejim terhadap gerakan itu (Haris Zalkapli, 2012 ; 77).
Dalam kebangkitan rakyat abad ke-21 ini, ulama dilihat memainkan peranan yang penting dalam menyemarakkan lagi kebangkitan di dunia arab, khususnya peranan Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi ketika kebangkitan rakyat Mesir, beliau telah mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi setiap individu muslim di Mesir yang tiada keuzuran untuk bersama-sama turun ke dataran Tahrir bagi menjatuhkan kerajaan yang zalim, beliau juga turut serta dalam perhimpunan tersebut apabila beliau memberikan khutbah dan bersama-sama menunaikan solat Jumaat di dataran Tahrir.
Sikap beliau yang berani itu membuatkan rakyat Mesir khususnya dan seluruh dunia arab amnya menjadi lebih berani dalam berjuang menegakkan kebenaran menentang rejim yang zalim. Beliau juga mendoakan agar kebangkitan rakyat Mesir mendapat kejayaan menumbangkan kerjaan yang zalim. Dalam pada itu, peranan beliau juga dapat dilihat dalam kebangkitan arab di negara-negara asia barat yang lain seperti Libya dan Syria bilamana beliau telah memfatwakan bahawa wajib menumbangkan dan membunuh pemimpin kejam Muammar Ghaddafi di Libya dan Bashar Asad di Syria.



Rujukan
Haris Zalkapli. 2012. Gerakan Islam dalam fenomena Kebangkitan Arab. Kuala Lumpur: Jundi Resource.
Kamaruzzaman Yusoff. 2012. Wacana Kontemporari Islam 4 : Peranan Ulama & Gerakan Islam Dalam Kebangkitan Arab. UnisZA: Terengganu.


PENGENALAN


Blog ini dicipta bagi membincangkan, menyatakan pendapat dan idea, menganalisis dan juga memperlihatkan isu-isu global yang berkaitan dengan jenayah dan keganasan yang berlaku sehingga mengemparkan seluruh dunia tidak kira dalam mahupun luar negara. Keadaan dunia yang telah sekian lama mencapai tingkat globalisasi yang tinggi serba sedikit memberi impak yang positif mahupun yang negatif terutama kepada Negara Sedang Membangun (NSM). Bermulalah era perubahan masyarakat dunia dimana teknologi, penciptaan dan penghasilan menjadi aset yang penting kepada sesebuah negara dalam memacu dan membangunkan sesebuah negara. Interaksi antara negara-negara bukan sahaja berlaku secara formal yakni diplomatik dan kerjasama antarabangsa, berlaku juga kerjasama kumpulan-kumpulan ‘underground’ seperti penjualan barangan haram dan seludup (black market) malahan manusia juga menjadi antara barangan yang diperdagangkan.
JENAYAH ditakrifkan dengan pelbagai makna dan umumnya jenayah adalah sesuatu yang bergntung kepada dua set norma yang berkaitan dengan perundangan dan kos norma yang wujud dalam sesuatu budaya (G.Kong Meng; 2007). Salleh Abas (1998) mengtakrifkan jenayah adalah satu kesalahan yang dilakukan seseorang dengan niat hendak melakukan sesuatu perbuatan itu, lantaran atas kesalahan tersebut seseorang yang bertanggungjawab boleh dihukum dengan balasan setimpal kerana melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang. Jenayah juga dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara. Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri atau mencederakan orang lain adalah perbuatan jenayah.

KEGANASAN pula ditakrifkan ialah penggunaan paksaan agar mencederakan atau mendera seseorang. Istilah ini secara umumnya memaksudkan pembinasaan akibat fenomena alam seperti ribut dan gempa bumi, tetapi lebih kerap menggambarkan tindakan mencederakan orang secara paksaan dan sengaja, serta pencelaan dan penderaan emosi terhadap orang. Peperangan merupakan keganasan teratur besar-besaran yang dilancarkan sesebuah negara terhadap negara lain. terdapat juga negara yang menghalalkan penggunaan kekerasan melalui kuasa polis dan tentera untuk memastikan ketenteraman awam serta meluhuri kedaulatan undang-undang. Punca-punca sikap dan kelakuan ganas merupakan topik penting dalam bidang psikologi dan sosiologi.keadaan di mana perasaan takut terhadap jenayah dapat dikurangkan.